Friday 22 December 2017

Blanded learning pendidikan khas



PEMBELAJARAN ABAD 21






1.0 Pendahaluan

Pengajaran dan pembelajaran secara FutureLearn merupakan pembelajaran pada abad ke 21. Pembelajaran secara atas talian ini menyediakan banyak kursus. Bahan-bahan yang disediakan adalah seperti video, audio, grafik dan sebaginya. Bahan-bahan yang menarik dapat menarik minat pengguna untuk belajar dan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan bermakna.

2.0  Pengalaman

2.1   Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar terdiri daripada orang-orang yang pakar dan berpengalaman dan berasal dari berbagai-bagai negara. Tenaga pengajar bertindak sebagai fasilatator. Pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.  

     2.2 Peralatan/perisian
100% pengguna/pelajar FutureLearn seharusnya memiliki peralatan seperti tablet, smartphone, laptop, telefon pitar dan komputer. 100% memiliki kelajuan internet dan wifi. 

    2.3 Pembelajaran atas talian
Pengajaran dan pembelajaran atas talian. Guru menyediakan bahan-bahan seperti audio, video, grafik
dan sebagainya. Guru-guru dapat menjimatkan masa menyediakan bahan kepada murid-murid. 
Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Selain itu proses pembelajaran boleh berlaku di
mana-mana saja dan pada bila-bila masa. 

     2.4 Individu/kumpulan
Pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan secara individu dan berkumpulan. Fasilatator akan memberi kursus secara online. Perisian atau maklumat disusun secara sistemetik. Contohnya diawal kursus biasanya pengenalan tentang apakah FutereLearn dan untuk menguji kefahaman pelajar akan diuji dengan soalan kuiz. Pelajar dikehehdaki menjawab soalan kuiz tersebut. Selain itu, Pelajar juga diminta untuk berkongsi pengalaman dengan memuat turun video, audio, grafik dan lain-lain kemahiran untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar FutureLearn. 

3.0 KEKUATAN

   3.1  Boleh diakses pada bila-bila masa

Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja dan diman sahaja. Pelajar boleh menutup dan membuka kembali kursus mengikut kesesuaian masa masa pelajar. Apabila tugasan sudah selesai kursus akan ditanda dengan tanda complate dan boleh terus ke kursus yang berikutnya. Kursus disusun secara sistematik dan ini memudahkan pelajar untuk mengikuti kursus terutamanya pelajar-pelajar baru yang baru mengikuti kursus ini. 

   3.2 Peralatan

Pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis teknologi/gajet. Contohnya komputer, laptop, telefon pintar dan tablet. Ini menunjukkan bahawa pelajar tidak terikat dengan jadual ataupun masa untuk mengakses maklumat. Contohnya semasa melancong dan bercuti bersama keluarga pelajar masih boleh mengikuti kursus. 

3.3 Fasilitator

Fasilitator merupakan guru dialam maya. Fungsi fasilatator ini adalah membimbing pelajar sepanjang kursus. Mereka terdiri daripada orang-orang yang pakar didalam sesuatu bidang. Contohnya sekiranya pelajar tidak memahami sesuatu tajuk mereka boleh bertanya dengan menulis diruangan komen. Segala pertanyaan pelajar akan dijawab oleh fasilatator atau akan mendapat maklum balas daripada rakan-rakan FutureLearn yang lain. Selain itu, mereka boleh memberi cadangan mahupun berkongsi maklumat baru. Contohnya di dalam menjawab soalan kuiz, pelajar akan mendapat jawapan yang betul melalui email atau pelajar pelajar diberitahu bahawa jawapan itu salah dan dikehendaki mencari jawapan yang lain sehingga dinyatakan correct (betul). Ini memudahkan pelajar untuk menyemak jawapan. 

3.4 Individu/kumpulan

Pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan secara individu dan berkumpulan. Fasilatator akan memberi kursus secara online. Perisian atau maklumat disusun secara sistemetik. Contohnya diawal kursus biasanya pengenalan tentang apakah FutereLearn dan untuk menguji kefahaman pelajar akan diuji dengan soalan kuiz. Pelajar dikehehdaki menjawab soalan kuiz tersebut. Selain itu, Pelajar juga diminta untuk berkongsi pengalaman dengan memuat turun video, audio, grafik dan lain-lain kemahiran untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar FutureLearn.

3.5 KENALAN/RAKAN

Melalui jaringani ini kita mempunyai ramai kenalan dari dalam negara mahupun luar negara. Ini dinamakan sebagai jaringan antarabangsa. Dengan mereka kita boleh berkongsi maklumat dan idea baru. Contohnya dengan memuat naik video, audio, grafik dan perkataan. Dalam rangkaian ini juga, rakan-rakan kursus akan membantu kita menjawab soalan yang kita utarakan. Perbincangan ini dinamakan perbincangan di atas talian dan atau pembelajaran secara berkumpulan. Contohnya saya memuat naik video murid-murid bermain bola sepak dan meminta rakan-rakan lain memberi maklumbalas. Rakan-rakan ini akan menyumbangkan pendapat masing-masing dan kita boleh memperbaiki mutu permainan.
4.0   KELEMAHAN

4.1   Peralatan
Peralatan yang digunakan agak terlalu mahal. Contohnya laptop, komputer, tablet dan telefon pintar. Kita tidak boleh menggunakan telefon biasa untuk mengakses. Sekurang-kurangnya mempunyai perisian untuk melihat video, mendengar audio dan grafik. 

4.2   Perisian
Tahap kelajuan internet atau wifi adalah penting. Sekiranya berlaku gangguan internet pelajar/pengguna FutureLearn tidak dapat membuka laman sesewang ini atau berada di dalam keadaan loading. Ini bermakna untuk mengikuti kursus FutureLearn kita harus memiliki 90% -100% kelajuan internet supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. 
4.3   Bahasa
Bahasa yang digunakan ialah bahasa inggeris. Bahasa inggeris yang digunakan adalah aras tinggi. Penggunaan bahasa inggeris yang berada pada aras yang tinggi menyebabkan kesukaran pelajar untuk memahami kursus tersebut.
4.4   Kekangan masa 
Pelajar-pelajar FutureLearn memerlukan masa yang lebih panjang untuk memahami sesuatu kursus. Ini adalah kerana pembelajaran ini memerlukan pemahaman yang mendalam. sesetengah pelajar-pelajar FutureLearn mempunyai tanggungjawab yang besar antara kerjaya dan keluarga. Selain itu, pelajar-pelajar mengalami kesukaran untuk memahami bahasa inggeris. Oleh itu, pelajar memerlukan masa yang lebih panjang untuk memahami pembelajaran tersebut. 

5.0   PENAMBAHBAIKAN

5.1   Bahasa
Menyediakan kursus didalam dua bahasa. Contohnya bahasa inggeris dan bahasa melayu. Pada pandangan saya, kursus boleh disediakan subtitle untuk membantu pelajar lebih memahami kursus secara keseluruhan.

5.2   Pembelajaran secara bersemuka. 
Untuk memahami isi kandungan dengan lebih mendalam dan berkesan pembelajaran secara bersemuka juga perlu. Fasilatator perlu memberi penjelasan yang lebih terperinci supaya guru boleh mengaplikasikannya di dalam kelas. 

5.3   Internet

Pelajar memerlukan kelajuan internet untuk mengikuti kursus ini. Terdapat sesetengah kawasan tidak mempunyai liputan internet atau kemudahan wifi. Bagi mengatasi masalah ini pelajar perlu mencari kawasan yang mempunyai liputan internet. Masalahnya disini ialah bahan-bahan seperti video, audio dan grafik tidak boleh didownload dan tidak boleh dibuka tanpa internet. 

6.0   PENUTUP

Melalui pengajaran dan pembelajaran FutureLearn pelajar dapat memperolehi banyak faedah. Pelajar dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman masing-masing. Pengetahuan setiap pelajar adalah berbeza kerana setiap orang mempunyai kepandaian dan kemahiran yang berbeza dan dapat berkongsi pengalaman yang menarik dan bermakna. Ini adalah kerana rakan-rakan FutureLearn mempunyai latar belakang yang pelbagai.
Selain itu, kita dapat mengikuti pembelajaran tanpa had. Tanpa had ini bermaksud tiada ikatan dari segi masa, waktu dan tempat. Bahan-bahan juga telah disusun secara secara sistematik dan ini memudahkan pelajar untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Selain itu, pelajar boleh melihat kembali tajuk yang tidak difahami.
Kesimpulannya pembelajaran FutureLearn telah membantu saya untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan didalam penggunaan ICT. Saya amat menyokong pengajaran dan pembelajaran secara blanded learning dan akan terus mengaplikasikan didalam kehidupan saya pada masa akan datang.


7.0 Soalan
Soalan 1
Adakah kursus FutureLearn membantu anda didalam pengajaran dan pembelajaran?
a) Ya
b) Tidak
c) Kadang-kadang 

Soalan 2
Semasa mengikuti kursus FutureLearn apakah halangan/cabaran yang anda hadapi
 a) Kekangan masa
 b) Task yang susah
 c) Penggunaan Tools
 d) Bahasa

















 












.

      






Blanded learning pendidikan khas

PEMBELAJARAN ABAD 21 https://drive.google.com/open?id=12NNdfjQV0u_9t0_kZ1ROnCv-obJ9Eb8Q 1.0 Pendahaluan Penga...